Analisis halatuju perkembangan pendidikan di Malaysia era semasa dan masa depan terhadap pembangunan insan dan negara.
Oleh: YOHANA BINTI SUNPIANG D20211100011
Kementerian Pendidikan malaysia telah menekankan akses pendidikan dalam mencapai hala tuju pendidikan masa kini dan masa depan di Malaysia. Akses bermaksud proses atau cara untuk memperoleh sesuatu data dan maklumat capaian .Akses pendidikan ini menitikberatkan hak sama rata yang seharusnya diterima oleh anak-anak di Malaysia. Menurut Perlembagaan Persekutuan, semua warga adalah sama di sisi undang-undang dimana mereka berhak mendapat perlindungan secara saksama dan adil. Perkara ini juga sama ertinya dengan hak sama rata rata dalam pendidikan. Anak-anak sepatutnya mendapatkan akses pendidikan yang sepatutnya mereka dapatkan sebagai perlindungan dan menjamin masa depan anak-anak. Sehubungan dengan itu, KPM telah berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan di dalam sistem pendidikan yang awalnya wujud kerana pihak penjajah menghalang kebangkitan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mewujudkan jurang antara kaum. Jika diamati sejak tahun 1957, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami lonjakan besar dalam akses pendidikan. Hal ini dapat disaksikan ketika negara mencapai kemerdekaan, lebih sepatuh daripada populasi tidak menerima pendidikan formal, hanya 6% kanak-kanak menerima pendidikan menengah dan hanya 1% mendapat pendidikan lepas menengah. Namun , akses pendidikan mengalami anjakan yang melampaui jangkaan dalam lima setengah dekad kemudian. Tercapainya anjakan ini disebabkan usaha dalam sistem pendidikan yang tidak henti-henti merealisasikan pelbagai inisiatif bagi mencapai akses pendidikan yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, KPM telah memberi peruntukkan sebanyak RM 1 billion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha menangani ketaksamaan pendidikan di negara ini. Antara usaha yan dilaksanakan oleh kerajaan iaitu Rancangan Makanan Tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan pelajar miskin tegar. Pada tahun 2017 sahaja, seramai 489117 murid menerima RMT melibatkan 7316 sekolah di seluruh negara. Selain itu, Skim pinjaman buku teks diberikan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa yang tidak mampu dan memastikan anak-anak mereka tidak tercicir dalam persekolahan. Asrama harian juga menyediakan penginapan yang kondusif dan selamat kepada muris-murid yang kurang berkemampuan serta tingal jauh daripada sekolah.
Rancangan Makanan Tambahan
Skim Pinjaman Buku Teks
Hala tuju pendidikan masa kini dan masa depan dari aspek ekuiti pendidikan. Ia merupakan sistem pendidikan berprestasi tinggi yang menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap anak-anak tanpa mengira jurang pendapatan, sosioekonomi dan gender dalam kalangan pelajar bandar dan luar bandar. Kerajaan Malaysia mempunyai komitmen yang tinggi dalam mengatasi jurang yang berlaku dalam pendidikan kerana negara memerlukan perubahan pendidikan ke arah yang lebih baik dengan merapatkan jurang yang wujud untuk melahirkan pelajar yang berkaliber. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, berlaku pengurangan sebanyak 50% dalam jurang pencapaian bandar-luar bandar , sosioekonomi dan gender menjelang tahun 2020. Jurang pendapatan golongan miskin dan golongan kaya semakin ketara dapat dilihat semasa penyemakan semula Had Pendapatan Garis Kemiskinan kepada RM2208 berbanding RM980 yang digunapakai sejak tahun 2005 menunjukkan kadae kemiskinan adalah 5.6 peratus bersamaan 405441 isi rumah.Jurang ini menyebabkan golongan miskin tidak mendapat meneruskan pelajaran dengan sempurna, sesetengah pelajar tidak mampu membeli gajet untuk pembelajaran secara dalam talian bahkan ada yang tidak mempunyai barang kelengkapan asas sekolah yang lengkap. Hal ini berpunca daripada sumber kewangan ibu bapa yang tidak mencukupi bagi menampung persekolahan anak-anak. Selain itu, jurang sosioekonomi juga harus dirapatkan dan dititikberatkan. Menurut dokumen RMK-12, jurang antara sarawak dan sabah dengan semenanjung perlu dikurangkan dengan memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur, mengoptimumkan potensi ekonomi, menambahbaik akses kepada perkhidmatan sosial, mempertingkatkan pembangunan inklusif, dan memperkukuhkan kerjasama antara persekutuan dan negeri. Pelaksanaan ini diharapkan mampu mengurangan jurang pembangunan sosioekonmi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Jurang gender antara pelajar perempuan dan lelaki juga harus dikurangkan. Jurang gender ini merujuk kepada perbezaan pencapaian antara pelajar perempuan dan lelaki dalam bidang seperti sosia, intelektual, budaya dan ekonomi. Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang telah didominasi oleh golongan perempuan. Faktor ini terjadi kemungkinan kerana isu minat pelajar terhadap mata pelajaran dan isu pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki. Antara cadangan penyelesaian isu gender iaitu guru haruslah mengetahui kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif dan inovasi. kursus pendidikan guru haruslah memberi fokus dalam perbezaan gender dan kerajaan juga haruslah mengadakan ceramah di sekolah untuk menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Isu jurang pendidikan bandar dan luar bandar
Logo TIMSS
Pendidikan menjadi elemen penting perlu diperoleh semua orang. Setiap negara sudah pasti mempunyai kualiti pendidikan bagi memastikan negara berkenaan mempunyai kadar celik huruf tinggi, melahirkan pemimpin berwibawa untuk masa depan, memastikan ekonomi maju dan disegani negara luar. Kualiti pendidikan di Malaysia antara yang terbaik di dunia. Hal ini dibuktikan melalui Forum Ekonomi Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan lebih baik dalam bidang
Logo PISA
pendidikan dan menduduki tangga ke-19 lebih baik daripada negara maju seperti United Kingdom di tangga 20, Perancis(26) dan Jepun (31). Jika dilihat dalam kalangan negara Asia pula, Malaysia menduduki tangga kedua selepas Singapura(1), Indonesia( 3), Thailand( 4) dan Vietnam( 5). Hal ini secara tidak langsung membuktikan malaysia mempunyai kualiti pendidikan yang baik dan daya saing yang tinggi. Kualiti pendidikan yang baik mampu melonjakkan pencapaian negara dalam kelompok teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
dalam masa 15 tahun. Ujian Programme International Studen Assessment PISA) diperkenalkan oleh OECD yang diadakan 3 tahun sekali yang bertujuan menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, sains dan matematik dimana ia melibatkan 65 buah negara dan hampir 510000 pelajar terlibat. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek matematik dan sains sahaja dan dilakukan 4 tahun sekali..Hasil kajian PISA dan TIMSS telah menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kerana ia merupakan penanda aras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan matematik, sains dan membaca. Malaysia juga menghasilka kualiti pendidikan bertaraf dunia. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, langkah yang telah diambil iaitu mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi( SBT) sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan dan mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.Kerajaan juga melaksanakan penggredan universitisebagai langkah positif meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).
Kepelbagaian Etnik
Perpaduan negara merupakan salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia.Perpaduan melalui pendidikan amat penting dalam menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Kanak-kanak diajar untuk menghargai nilai, budaya dan pengalaman dari pelbagai kaum dan etnik dapat diterapkan kepada pelajar. Penerapan nilai-nilai murni diperkukuh melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti persatuan, permainan dan badan beruniform seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah dan Pandu Puteri. Kementerian Pendidikan juga mengadakan aktiviti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan dimana ia melibatkan penglibatan pelajar daripada latar belakang yang berbeza kaum agar perpaduan antara kaum dapat diwujudkan. Pengguaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan di sekolah dimana penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman dia antara kaum dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Sikap saling memahami ini akan mewujudkan sikap hormat-menghormati yang seterusnya akan mambantu memupuk integrasi kaum dan juga perpaduan. Selain itu, kurikulum yang sama juga bertujuan mewujudkan keperibadian ke arah pembentukan perpaduan dengan penggubalan untuk membangunkan modal insan yang berilmu pengetahuan. Sebagai contoh, bangsa Malaysia yang diharapkan wujud pada masa depan yang akan datang. Dalam konsep ini tidak ada budaya etnik yang akan dipinggirkan malahan semuanya perlu ditonjolkan. Melalui pendidikan sivikdan kewarganegaraan kemungkinan suatu hari nanti rakyat Malaysia akan lebih liberal atau bersifat terbuka, termasuk dalam hal-hal berkaitan dengan agama. Perpaduan ini bukan sahaja wujud dalam aspek pendidikan formal namun turut wujud dari aspek pendidikan tak formal. Ia merupakan pemupukan perpaduan di luar persekolahan dimana ia wujud melalui komikasi antara komuniti, pertandingan sukan, dan keterlibatan dalam kerja kesukarelawanan melalui badan bukan NGO. Ibu bapa juga berperanan sebagai pendidik pertama dan berterusan dalam menjamn pembenihan nilai perpaduan melalui asuhan dan didikan. Hal ini dikatakan demikian agar anak-anak dapat membesar dalam persekitaran yang sihat tanpa diracuni oleh sikap prejudis dan rasisme
Program RIMUP SK Linau
Peperiksaan yang sama
Perpaduan tidak mengira warna kuit
Kecekapan sistem amat dituntut dalam menentukan hala tuju pendidikan masa kini dan masa depan. Hal ini bagi memastikan kecekapan sistem pendidikan ke arah keberhasilan pengajaran guru dan kemenjadian pelajar-pelajar pada masa kini. Kecekapan penyampaian, kawalan dan pengurusan menentukan keberhasilan pendidikan. Pengurusan pendidikan yang cekap sudah semestinya membawa pengaruh yang besar terhadap perkembangan dan kemajuan sesebuah negara kerana ia merupakan sistem dimana generasi muda dibentuk untuk memberi kebaikan kepada negara. Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Guru perlu membuat keputusan atau melaksanakan sesuatu tugas, guru perlu bekerja atau ,merancang secara berkumpulan melalui satu sistem penyeliaan dan pengurusan oleh guru kanan. Hal ini agar hasil yang dibuat adalah berdasarkan kerjasama dan persetujuan semua pihak. Walaupun guru mempunyai banyak tanggung jawab lain selain daripada mengajar, tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas mengajar merupakan tugas utama guru. Oleh itu, di samping melaksanakan tugas-tugas lain, guru juga perlu menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk menjamin keputusan pencapaian pelajar yang cemerlang dan seterusnya mencapai tahap sekolah berkesan. Seterusnnya penyediaan pengajaran guru yang cekap menerusi latihan guru yang profesional dapat melahirkan pelajar yang berkualiti untuk negara. Kemenjadian pelajar juga amat dititikberatkan. Menjadinya murid itu tidak harus dinilai berdasarkan pencapaian akademik sahaja namun dilihat melalui hasil keberkesanan proses persekolahan secara holistik. Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dijadikan rujukan untuk menilai kemenjadian pelajar yang boleh dilihat dari aspek murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian serta mempunyai identiti nasional.
PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kami menyempurnakan tugasan berkumpulan bagi kursus KPF3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar (UNIT 2: HALATUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan ini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Cikgu Abdul Malek bin Selamat dan para fasilitator kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam penghasilan blog ini kepada kami dari awal sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu,kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Abdul Malek bin Selamat kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini hingga ke akhir dengan jayanya. Ingin kami ucapkan juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan serta ahli kumpulan yang terlibat dan memberikan kerjasama secara langsung mahupun secara tidak langsung atas penglibatan dalam penghasila...
Comments
Post a Comment