Analisis halatuju perkembangan pendidikan di Malaysia era penjajahan dari aspek pembangunan insan dan negara.
Oleh: SITI RADIAH BINTI NOR RAHIMMI D20211099423
Pendidikan pada era penjajahan (khususnya British) mempunyai matlamat untuk mengisi tuntutan pentadbiran tanah jajahan dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Dasar pertama yang menyokong falsafah ini mendirikan sekolah rendah dan sekolah menengah yang bahasa pengantarnya merupakan bahasa Inggeris dengan kurikulumnya terhad kepada keupayaan menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Perkara ini dilaksanakan untuk membolehkan murid-murid memahami Keusasteraan Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Kesihatan dan menguasai Ilmu Hisab iaitu Geometri an Algebra. Akhirnya pencapaian murid diiktiraf menerusi sijil peperiksaan daripada University Cambridge. Bagi menunjukkan seolah-olah kuasa British prihatin terhadap masyarakatMelayu, sekolah-skolah rendah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Melayu juga diadakan tetapi setakat darjah lima sahaja dan ditadbir di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran.
Dasar pentadbiran British terhadap pendidikan golongan pendatang yang dibawa masuk ke Tanah Melayu nyata berbeza kerana British tidak menyekat pertumbuhan sekolah-sekolah persendirian seperti sekolah-sekolah Cina yang dikendalikan oleh komuniti setempat. Sekolah rendah dan sekolah menengah Cina berkembang dengan pesat khusunya di kawasan penempatan Cina iaitu si kawasan perlombongan yang kemudiannya bertukar wajah sebagai pusat pertumbuhan komersial yakni bandar-bandar seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala bagi kaum India yang tinggal di ladang-ladang, pentadbiran British turut mengizinkan dan membantu membangunkan pendidikan pada peringkat rendah. Dengan kepelbagaian fabrik sekolah-sekolah yang ada, maka system pada era penjajahan British adalah bersifat vernakular.
Jenis pendidikan pada era penjajahan(1511-1957) adalah secara Informal dan Formal yang bertujuan untuk mengkalkan cengkaman kuasa,penyebaran agama Kristian dan penguasaan berterusan terhadap ekonomi dan hasil bumi Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan penjajah telah menerapkan ideologi-ideologi barat seperti leberalisasi, polarisasi, isolasi, dualisme dan sekularisme. Ciri lain yang dapat kita lihat pada era penjajahan ini adalah melaui keagungan budaya dan ketuanan penjajah serta pembentukan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa India mengikut jenis-jenis sekolah vernacular yang telah diwujudkan. Melalui sekolah-sekolah vernakular ini, kurikulum, peperiksaan dan guru-guru serta bahan bacaan belajar juga berbeza mengikut sekolah.
SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH
1.BANGSA MELAYU
|
Sekolah Vernakular Melayu (1950) |
Kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidkan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya menubuhkan sekolah-sekolah vernakular melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Sekolah vernakular melayu telah ditubuhkan di negeri Singapura, Pulau Pinang dan Melaka (1856-1863). Mata pelajaran yang diaplikasikan di sekolah-sekolah vernakular ialah membaca, mengarang, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Manakala bentuk kemahiran asas yang diajar pula ialah perkebunan dan penternakan. Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar dan kelompok untuk mengkalkan masyarakat melayu sebagai kaum tani dan mengelakkan masyarakat bersatu padu serta memberontak untuk pembebasan dari penjajahan. Sekolah vernakular melayu menggunakan bahasa melayusebagai bahasa pengantar dan ianya telah dibiayai oleh British tetapi pengajian di sekolah ini hanya terhad sehingga di peringkat sekolah rendah sahaja. Sekolah vernakular melayu ini telah dibina di kawasan luar bandar dengan persekitaran belajar yang sangat daif. Murid-murid juga tidak berpeluang untuk menjawat jawatan yang tinggi di kawasan bandar tetapi berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
2.BANGSA CINA
|
Sekolah Vernakular Cina (1950) |
Perkembangan sekolah vernakular cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Kebanyakan sekolah cina yang ditubuhkan adalah secara persendirian dengan menggunakan premis perniaagaan, rumah kediaman, bangunan tokong yang disumbangkan oleh masyarakat tertentu yang mewakili suku kaum cina tertentu seperti Hakka, Hokkien dan sebagainya. Pada tahun 1990, dua orang menteri dan pendidik dari China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah vernakular cina dan menggabungkan pengajaran “Confucious” dengan berorientasikan kepada negara China. Sekolah Cina telah berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa cina di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Hampir semua sekolah cina berkembang dengan pesat di bandar besar di Pantai Semenanjung Malaysia Barat seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh serta Taiping. Kewujudan sekolah vernakular cina disebabkan kesedaran masyarakat cina tentang kepentingan pendidikan dan kaedah pendidkan yang digunakan bertulang-belakangkan falsafah pendidikan yang digunakan bertulang-belakangkan falsafah pendidikan moden yang berasal dari negara China. Hala tuju pendidikan lebih cenderung untuk meningkat kemahiran dan penguasaan dalam bidang matematik, dan sains.
3.BANGSA INDIA
|
Sekolah Vernakular India (1950) |
Penubuhan sekolah tamil bermula di Pulau Pinang dan Perak oleh pihak Syarikat Perladangan Eropah (pihak estet) sebagai satu tanggungjawab sosial. Kehadiran pihak Inggeris yang membuka ladang getah dan kopi secara besar-besaran turut merancakkan penubuhan sekolah vernakular tamil di kawasan ladang-ladang kepunyaan mereka. Perkembangan sekolah vernakular tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa tamil diberi di salah sebuah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kurikulum sekolah-sekolah tamil berorientasikan negara asal mereka iaitu India dan guru yang mengajar juga dibawa masuk dari India. Tambahan pula buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India serta sukatan pelajaran juga berorientasikan sistem pendidikan negara India. Walaubagaimanapun, pengajian hanya di peringkat sekolah rendah sahaja tambahan pula pendidikan ini kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak-anak mereka membantu bekerja di ladang. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.
4.BANGSA INGGERIS
|
Sekolah Inggeris (1950) |
Pada peringkat awal, sekolah inggeris kebanyakan didirikan sejak abad ke-19 daripada hasil usaha kaum Mubaligh Kristian. Bahasa penghantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris. Penubuhan sekolah inggeris adalah berteraskan falsafah untuk memperkembangkan agama Kristian dan menyebarkan ideologi penjajah inggeris. Sekolah yang pertama ialah di Penang Free School, Pulau Pinang (1816). Sekolah Inggeris terbahagi kepada dua jenis, iaitu sekolah Free School yang mendapat bantuan daripada kerajaan. Yang kedua ialah sekolah inggeris separa bantuan yang ditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan Mubaligh Kristian dengan mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan pada tahun 1826, Melaka Free School ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Hala tuju pendidikan inggeris pada masa ini adalah untuk melatih tenaga kerja seperti kerani dan juru teknik bagi jabatan-jabatan kerajaan. Namun begitu, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja yang rendah di sektor kerajaan dan swasta. Walaubagaimanapun, murid-murid di sekolah ini dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti sama ada di dalam mahupun di luar negara serta berpeluang untuk menjawat jawatan yang tinggi.
Kesimpulannya, pendidikan pada era penjajahan inggeris adalah bersifat vernakular dan bersifat bebas kerana jika dilihat dari segi keseragaman terhadap jenis pendidikan itu tidak wujud disebabkan kerajaan British yang ingin mengekalkan ketidaksepaduan antara masyarakat melayu, cina dan india demi mengelakkan pemberontakan terhadap penjajahan mereka. Oleh itu, dengan adanya system vernacular ini, kerajaan British dapat terus menguasai Tanah Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap jenis sekolah yang ditubuhkan itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran serta kurikulum yang berbeza. Akibatnya, kewujudan system ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep integrase atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan.
Comments
Post a Comment