ERA MASYARAKAT TRADISIONAL
Analisis halatuju perkembangan pendidikan di Malaysia era masyarakat tradisional dari aspek pembangunan insan dan masyarakat
Oleh: NUR FARAH DIBA BINTI HAMID D20211099422
Dalam aspek adat, adab dan warisan ibu bapa dan ahli keluarga merupakan peranan utama untuk mendidik tiga aspek tersebut kepada generasi baru pada waktu itu kerana mereka adalah orang yang paling terdekat dengan mereka. Justeru masyarakat juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama membantu untuk memberikan didikan. Pendidikan biasanya akan dilakukan di institusi seperti rumah, madrasah, masjid dan istana. Apakah pengisian yang terdapat dalam pendidikan ini? Pengisian yang pertama adalah akhlak yang akan diberikan penekanan dari segi etika, budi bahasa dana dan sopan. Kedua ialah keselamatan untuk ilmu pertahanan diri. Terakhir ialah pengisian ekonomi seperti ilmu pertukangan dan ukiran, perniagaan dan pertanian.
Pengajaran dan pembelajaran agama Islam |
3) Hala tuju yang ketiga ialah undang-undang dan peraturan.
Undang-undang dan peraturan ini di wujudkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.Contohnya :
Merangkumi perkara perkara seperti adat melayu menjadi asas hokum. Kanun mengenai morality dan keadilan, menghormati tradisi dan struktur kekeluargaan. Mengandungi unsur melayu dari segi hokum adat dan hukum islam.Mencakupi 44 fasal yang meliputi persoalan adat seperti hal raja dan tugas pembesar.
ii) Undang-undang Laut Melaka
Menjelaskan tentang tugas nakhoda yang diberi kuasa seperti raja ketika di berada dilaut.Undang-undang ini hanya dilaksanakan ketika di laut dan dikapal sahaja.Undang-undang digubal untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang yang berdagang.
4) Hala tuju yang keempat ialah patriotisme
Menjelaskan tentang tugas nakhoda yang diberi kuasa seperti raja ketika di berada dilaut.Undang-undang ini hanya dilaksanakan ketika di laut dan dikapal sahaja.Undang-undang digubal untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang yang berdagang.
4) Hala tuju yang keempat ialah patriotisme
Patrotisme adalah penting untuk mempunyai rakyat yang setia dan mendaulatkan raja.Antara kelebihan yang terdapat jika masyarakat melayu ketika itu mengamalkan patriotisme ialah dapat meluaskan empayar kerajaan,keselamatan raja,pembesar dan rakyat dapat dikawal, pembentukan negara yang aman dan stabil serta dapat mempertahankan raja dan tanah air.
5) Hala tuju yang kelima ialah komunikasi
Pada era masyarakat traditional Bahasa melayu digunakan untuk urusan pentadbiran, hubungan diplomatik dan perdagangan agar Bahasa melayu ketika itu dapat diangkat sebagai Bahasa “lingua franca”. Selain itu, tulisan jawi juga digunakan sebagai tulisan rasmi dalam persuratan.
6) Hala tuju terakhir ialah masyarakat.
Kewujudan masyarakat yang mempunyai pelbagai keturunan dan kaum seperti melayu, cina, india, bugis,banjar, minang dan lain-lain lagi.Hal ini adalah penting untuk melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu, aman dan harmoni. Ini adalah penting kerana semua masyarakat ini duduk dibawah satu bumbung yang sama walaupun mempunya perbezaan dari segi kaum dan keturunan. Bak kata pepatah “ besatu teguh bercerai roboh”.
Kesimpulannya, pada zaman pendidikan traditional banyak menekankan perihal etika dari segi adab dan adat untuk pergaulan,pertuturan dan keagamaan. Hala tuju pendidikan zaman masyarakat melayu traditional juga menggunakan proses pembelajaran untuk melahirkan masyarakat yang berkebolehan dan menyumbangkan kesejahteraan kepada negara. Akhir sekali, pembelajaran agama islam juga dititik beratkan agar masyarakatnya dapat menjiwai dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Comments
Post a Comment