Analisis halatuju perkembangan pendidikan di Malaysia era pasca merdeka terhadap pembangunan insan dan negara.
Oleh: NURUL ATIKA BINTI ALIYAS D20211100010
Hala tuju pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan, yang digubal bertujuan untuk melahirkan generasi masa depan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Sistem pendidikan ini juga adalah bertujuan melahirkan ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak dan berketrampilan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Hala tuju perkembangan pendidikan di Malaysia pada era pasca Merdeka telah ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bercirikan:
|
Dato' Abdul Rahman bin Talib |
Perkembangan pendidikan di Malaysia adalah dari satu kesinambungan warisan yang panjang dan pada era pasca merdeka pelbagai usaha untuk lebih mengembangkan lagi pendidikan di Malaysia. Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bertujuan menyemak semula atau nmengkaji perakuan yang terkandung dalam Penyata Razak (1956). Jawatankuasa ini di pengerusi kan oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa cadangan yang telah dikemukakan selari dengan hala tuju pendidikan daripada laporan Rahman Talib (1960) bertujuan untuk memperkukuhkan saranan pada Penyata Razak seperti Bahasa Kebangsaan iaitu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu, semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah dan penggunaan Bahasa Melayu semakin diperluaskan di semua peringkat sekolah, malah sekolah rendah Inggeris mula menggunakan Bahasa Melayu. Selain itu, reformasi struktur seperti bahasa, kurikulum, kemahiran, mata pelajar0an akhlak iaitu Agama Islam dan Pendidikam Moral, dan kenaikan secara automatic iaitu kenaikan darjah secara automatic disemua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan, peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan dan pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.Hala tuju pendidikan era pasca merdeka dalam laporan Akta Pelajaran (1961) menegaskan bahawa matlamat utama dasar pelajaran ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Akta tersebut diasaskan daripada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menggariskan sistem persekolahan seragam, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan peperiksaan sekolah yang sama. Prinsip umum Akta 1961, yang dibentuk selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957, digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap, dalam Akta Pelajaran 1961 ini juga memberi pertimbangan kepada kehendak ibubapa semasa Akta diimplemetasi. Tambahan pula, peruntukan telah disediakan untuk memastikan bahawa dasar pendidikan yang telah ditetapkan dilaksanakan dengan berkesan khususnya dasar yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
|
Tun Hussein bin Dato' Onn |
Hala tuju pendidikan era pasca merdeka dalam laporan Hussien Onn (1971) yang bertujuan mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Hal ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Laporan Tun Hussein Onn, 1971 " Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya,sosial,ekonomi dan politik.Jadi,mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat
sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris"
Pada ketika itu sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (Bahasa antarabangsa) dipelihara bagi meningkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris diwajibkan disemua sekolah kerana kepentingannya. Sebagai contoh penggunaan masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang lebih baik.
Laporan Tun Hussein Onn, 1971 " Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan serta juga hal ehwal antarabangsa.Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik.Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua."
|
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad |
Hala tuju pendidikan era pasca merdeka dalam laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) merupakan Penyata Mahathir 1979, yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menyandang kuasa Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1979. Kewujudan laporan ini setelah 6 tahu yang diketuai oleh beliau ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Tujuan Penyata Mahathir ini adalah untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan kebolehkeberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan pada ketika itu. Selain itu, tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara sentiasa dipenuhi dalam jangka pendek dan panjang di samping memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih. Disamping itu, objektif penyata tersebut adalah untuk mencapai perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum di samping meningkatkan semangat patriotisme dan untuk melanjutkan lagi dasar pendemokrasian pendidikan untuk mencapai keseimbangan dalam semua aspek pendidikan di antara bandar dan luar bandar kawasan. Antara tumpuan Penyata Mahathir adalah pendidikan percuma, peluang melanjutkan persekolahan ditambah ke 11 tahun, diberi penekanan dalam pendidikan asas 3M iaiti membaca, menulis dan mengira, pengukuhan bahasa Melayu, kurikulum kebangsaan beridentiti Malaysia ditegaskan, pembangunan sekolah teknik dan vokasional dan penegasan kepada kualiti dan pengurusan pendidikan.
Pelaksanaan sistem pendidikan negara diperkemaskan lagi pada tahun 1995 dalam rang undang-undang Pendidikan iaitu sistem pendidikan kebangsaan diperbaiki untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwartakan menggantikan Falsafah Pendidikan Negara malah Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan.
|
Muka depan Akta Pendidikan 1996 |
Akta Pendidikan 1996 merupakan akta lanjutan atau pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi pusat kecermelangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Dalam akta ini menyatakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan landasan dalam penggubalan Akta Pendidikan 1996. Sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan, meliputi semua peringkat persekolahan (peringkat pra sekolah hingga peringkat pendidikan tinggi) dan kategori sekolah (kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta). Tambahan pula, bahasa kebangsaan diperkukuhkan kedudukannya sebagai bahasa pengantar utama dan mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kurikulum kebangsaan ialah untuk semua jenis dan kategori sekolah selaras dengan kehendak negara. Peperiksaan yang seragam dilaksanakan kepada semua murid dari semua jenis dan kategori sekolah. Pendidikan Islam diperluaskan kepada murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadikan pelajaran tersebut sebagai satu daripada pelajaran teras. Pendidikan prasekolah diperluaskan dengan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh KPM. Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik, sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan institusi, perbadanan atau organisasi bagi mengendalikan kursus teknik, vokasional dan program latihan. Pendidikan guru diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan program pendidikan guru di peringkat sijil, diploma dan ijazah secara berkembar. Manakala pendidikan swasta dikembangkan secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Pendidikan khas juga diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta dikekalkan. Disamping itu, Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Akhir sekali, bahasa suku kaum diperuntukkan pengajarannya sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan.
Comments
Post a Comment